Susunan Wali Perempuan yang sah mengikut Hukum Syara' adalah seperti Berikut :-.
1. Bapa Kandung.
2. Datuk Sebelah Bapa Ke Atas.
3. Adik Beradik Lelaki Seibu-sebapa.
4. Adik Beradik Lelaki Sebapa.
5. Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa.
6. Anak Saudara Lelaki Sebapa.
7. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa.
8. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Sebapa.
9. Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa.
10. Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa.
11. Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya.
12. Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya.
13. Moyang Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Moyangnya.
14. Moyang Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Moyangnya.
15. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa (Sepupu lelaki).
16. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa (Sepupu lelaki).
17. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa.
18. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa.
19. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya.
20. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya.
21. Wali Hakim.
Justeru untuk menjaga agar perkahwinan di kalangan umat Islam di Negeri Selangor dilaksanakan mengikut hukum syarak, Jabatan Agama Islam Selangor telah membuat beberapa peraturan yang perlu diikuti oleh individu yang ingin berumahtangga.
PROSEDUR PERMOHONAN NIKAH PEREMPUAN
1. HADIR KURSUS PRA PERKAHWINAN
2. DAPATKAN BORANG 2C DAN 2D DI JAIS/ PAID ATAU DOWNLOAD BORANG DI SINI.
3. DAPATKAN BORANG PEMERIKSAAN UJIAN DARAH/ HIV DARI BAHAGIAN
UNDANG-UNDANG KELUARGA JAIS ATAU PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH.
4. LENGKAPKAN BORANG DAN LAMPIRKAN DOKUMEN SOKONGAN. (2 BULAN SEBELUM AKAD NIKAH)
5. DAPATKAN PENGESAHAN DARI PENOLONG PENDAFTAR NIKAH(PPN) QARIAH.
6. DAPATKAN KEBENARAN NIKAH DARI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH.
7. SERAHKAN KEBENARAN BERKAHWIN KEPADA PPN QARIAH.)
8. AKAD NIKAH DIJALANKAN.
9. AMBIL SURAT PERAKUAN NIKAH DI JAIS/ PAID.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
# SALINAN KAD PENGENALAN/ PASSPORT (Jika pemohon warganegara asing).
# SALINAN KAD PENGENALAN/ PASSPORT 2 ORANG SAKSI (Jika warganegara asing)
# SALINAN SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN (Diiktiraf oleh JAKIM/ JAIS/ JAWI/ JAIN).
# KEPUTUSAN UJIAN SARINGAN HIV
# SALINAN BORANG PERMOHONAN 2C.(Jika pemohon nikah luar daerah/ Negeri/ Negara).
# SURAT PENGESAHAN MASTAUTIN PEMOHON DARI PENGHULU/ KETUA KAMPUNG/ NAZIR MASJID/
PENGERUSI JKKK, PENGERUSI J/K PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN
# BORANG KELULUSAN BERKAHWIN/ SURAT KEBENARAN BERKAHWIN BAGI LELAKI.
# SURAT PERAKUAN/ PENGESAHAN/ AKUAN SUMPAH NIKAH IBU BAPA. (Jika perempuan anak sulung atau wali adalah abang lelaki yang sulung)
# SURAT WAKALAH (Jika wali tidak dapat hadir semasa akad nikah).
# SURAT PERAKUAN/ AKUAN SUMPAH KEMATIAN WALI (BAPA)
# SURAT ATAU KAD PERAKUAN ISLAM DAN SALINANNYA. (Jika pemohon Saudara Baru)
# SURAT KELULUSAN DARI KAGAT/ PDRM. (Jika pemohon anggota Tentera/ Polis).
# SURAT PERAKUAN CERAI/ KEMATIAN PASANGAN DABN SALINANNYA.(Jika pemohon Janda)
# SURAT KEBENARAN BERKAHWIN DARIPADA KONSULAT ATAU KEDUTAAN DAN IMIGRESEN. (Jika warganegara asing).
JENIS-JENIS PERNIKAHAN YANG DIISYARATKAN MENDAPAT KEBENARAN TERLEBIH DAHULU DARI MAHKAMAH SYARIAH ADALAH SEPERTI BERIKUT :-
1. PERNIKAHAN POLIGAMI.
2. PERNIKAHAN DI BAWAH UMUR.
3. PERNIKAHAN JANDA BERHIAS DALAM PERJALANAN IDDAH.
4. PERNIKAHAN MUALLAF TANPA WALI.
5. PERNIKAHAN ANAK LUAR NIKAH.
6. PERNIKAHAN ANAK ANGKAT (Yang mana walinya tidak diketahui kedudukannya).
7. PERNIKAHAN MANA-MANA PEREMPUAN YANG TIADA WALI(SEBAB NASAB/ KETURUNAN) TIADA YANG MELAYAKKAN UNTUK MENJADI WALI MENGIKUT HUKUM SYARAK.
8. PERNIKAHAN MANA-MANA PEREMPUAN YANG MANA WALINYA GHAIB; TIADA DIKETAHUI KEDUDUKANNYA SAMA ADA HIDUP ATAU MATI.
9. PERNIKAHAN MANA-MANA PEREMPUAN YANG MANA TERBUKTI WALINYA DIKETAHUI TEMPAT TINGGALNYA BERADA (MELEBIHI 2 MARHALAH) TETAPI SANGAT SUKAR UNTUK DIHUBUNGI OLEH MANA-MANA ALAT KOMUNIKASI DAN BERTULIS.
10.PERNIKAHAN ATAS SEBAB "WALI ENGGAN UNTUK MENJADI WALI.
SEKSYEN-SEKSYEN DI DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM SELANGOR (EUKINS 2003) YANG BERKAITAN DENGAN PERMOHONAN PERNIKAHAN TERSEBUT :-
A.Seksyen 23 EUKINS 2003 (Pernikahan Poligami)
i) rujuk pamphlet permohonan berpoligami JAIS.
B.Seksyen 8 EUKINS 2003 (Pernikahan bawah umur)
"Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan atau didaftarkan di bawah Enakmen ini jika lelaki itu kurang daripada 18 tahun atau perempuan itu kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syarie telah memberi kebenaran secara bertulis dalam keadaan tertentu. "
C.Seksyen 13 (b) EUKINS 2003 (Pernikahan Wali Enggan)
Sesuatu perkahwinan adalah tidak diakui dan tidak boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini melainkan kedua-dua pihak perkahwinan itu telah bersetuju terhadapnya, dan sama ada :-
(b)Hakim Syarie yang mempunyai bidangkuasa di tempat di mana pihak perempuan itu bermastautin atau seorang yang diberi kuasa secara am atau khas bagi maksud itu oleh hakim Syarie itu telah, selepas penyiasatan wajar di hadapan semua pihak yang berkenaan memberi persetujuan terhadap perkahwinan itu oleh wali Raja mengikut Hukum Syarak, persetujuan tersebut boleh diberi jika perempuan mempunyai wali nasab mengikut Hukum Syarak atau jika wali telah enggan memberi persetujuannya dengan tiada nasab yang munasabah.
D.Seksyen 14 (3) EUKINS 2003 (Pernikahan Janda Berhias)
Jika perempuan itu mendakwa telah bercerai sebelum ia telah disetubuhi oleh suaminya dalam perkahwinan itu, ia tidak boleh dalam masa iddah perceraian biasa, berkahwin dengan seorang yang lain daripada suaminya yang dahulu itu kecuali dengan kebenaran Hakim Syarie yang mempunyai bidangkuasa di tempat pengantin perempuan itu bermastautin.
E.Seksyen 18 (1) dan 18 (2) EUKINS 2003 (berhubung dengan semua jenis pernikahan yang diperjelaskan di atas) Dalam mana-mana kes berikut, iaitu :-
(a)Jika salah satu pihak kepada perkahwinan yang dicadangkan itu adalah di bawah seksyen 8, atau
(b)Jika pihak perempuan adalah seorang janda yang tersabit oleh seksyen 14 (3) atau
(c)Jika pihak perempuan tidak mempunyai wali dari nasab mengikut Hukum Syarak. Maka pendaftar hendaklah, sebagai ganti bertindak di bawah seksyen 17, merujukkan permohonan itu kepada Hakim Syarie yang mempunyai bidangkuasa di tempat perempuan itu bermastautin.
(d)Hakim Syarie, apabila berpuashati tentang kebenaran perkara-perkara yang disebut dalam permohonan itu dan tentang sahnya perkahwinan yang dicadangkan itu dan bahawa kes itu adalah kes yang mewajarkan pemberian kebenaran bagi maksud-maksud seksyen 8, atau kebenaran bagi maksud-maksud subseksyen 14(3), atau persetujuannya terhadap perkahwinan itu diakadnikahkan oleh wali raja bagi maksud-maksud perenggan 13(b), mengikut mana-mana yang berkenaan hendaklah, pada bila-bila masa selepas permohonan itu dirujukkan kepadanya dan setelah dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan kepada pemohon kebenarannya untuk berkahwin dalam borang yang ditetapkan.
No comments:
Post a Comment